Sunday, May 19, 2013

#Jombaca Siapa Dia 7 : Datuk Aznil HJ. Nawawi




Siapa tidak kenal akan nama Datuk Aznil Hj. Nawawi atau lebih dikenali sebagai Paknil yang merupakan pengacara No. 1 Malaysia. Paknil yang merupakan anak jati KL yang lahir hampir 51 tahun dahulu telah dibesarkan dalam suasana bandar di Kampung Datuk Keramat Kuala Lumpur di dalam keluarga yang sederhana. Paknil mempunyai 7 orang adik beradik kesemuanya dan Paknil yang nombor 6. Pak Nil juga Pernah berkahwin pada tahun 1988 tetapi telah bercerai 9 tahun kemudian. Kini Paknil masih solo dan bahagia ditemani 3 orang anaknya Fildza Haifa Aznil 23 tahun, Fariq Haizen Aznil 19 tahun dan Firdaus Hariz Aznil 5 tahun. Paknil adalah graduan lepasan Universiti Malaya memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi.

Selebriti yang terkenal dengan rancangan bual bicara Macam-Macam Aznil telah memulakan kariernya sebagai pelakon iklan suatu ketika dahulu sebelum muncul sebagai pengacara tv. Keluarga Paknil sangat memberi dorongan terutama bila Pak Nil bekerja sambilan sebagai pelakon iklan. Namun, Setelah berkahwin, Paknil mula terlibat dengan duniapembaca berita dan wartawan tv untuk TV3. Famili dan isteri ketika itu sangat menyokong kerjaya Paknil ketika itu. Leih-lebih lagi dengan kelahiran cahaya mata pertama yang sekaligus mendorong Paknil bekerja lebih keras untuk menambah pendapatan keluarga.

Sehingga kini keluarga besar Paknil sangat memberi sokongan dan memahami keputusan-keputusan yang Paknil buat dalam bidang seni. Kakak-kakak, abang-abang dan adik beserta anak-anak merupakan tunjang semangat kepada kekuatannya pada hari ini . 





Tanpa kita sedar Paknil sememangnya telah aktif dalam persembahan seni sejak kanak-kanak lagi. Sering kali Paknil terlibat dengan persembahan-persembahan lakonan, nyanyian, tarian atau debat ketika di bangku sekolah lagi. Kecenderungan ini terus dibawa hingga ke sekolah menengah dan universiti.

Setelah masuk alam pekerjaan, Paknil mula berjinak-jinak menjadi pelakon iklan. Bakat Paknil mula dikesan oleh Dato' Yasmin Yusof yang mengusahakan syarikat pencarian bakat iklan ketika itu. Dari situ Paknil sudah mula sukakan untuk beraksi di hadapan kamera sehinggalah Paknil mengambil keputusan menyertai keluarga TV3 sebagai wartawan siaran dan pembaca berita. Tidak lama kemudian Paknil diberi peluang untuk menghoskan rancangan hiburan PopKuiz. Sehingga kini lebih dari 20 rancangan telah Paknil hoskan untuk hampir setiap stesen tv yang ada di Malaysia dan disebabkan itu Paknil telah dinobatkan beberapa kali sebagai pengacara TV terbaik didalam beberepa majlis anugerah.



Bila admin ajukan soalan tentang soal jodoh untuk berumah tangga kembali , nak tahu apa yang pak nil jawab ?

" Semua orang memang mempunyai impian melengkapkan diri dengan perkahwinan sehingga ke akhir hayat. Begitu juga Paknil. InsyaAllah jika ada jodoh dan rezeki, Paknil redha dengan ketentuan Tuhan. Umur Paknil pun sudah 51 tahun kini tetapi Paknil sendiri tidak tahu apa yang dijanjikan Tuhan untuk Paknil. Kalau ada jodoh dengan pasangan yang baik, Paknil terima seadanya. "


Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad merupakan Idola Paknil sejak kecil sehingga kini. Sudirman telah membuka minat beliau untuk beraksi sebagai bintang. Aura yang ditonjolkan oleh Sudirman sangat luar biasa. Bukan sahaja mempunyai bakat penghibur yang hebat, Allahyarham juga sangat kreatif dalam merencanakan perjalanan persembahannya.

Paknil melihat Allahyarham Dato' Sudirman sebagai seorang yang sangat serius dalam kerja walaupun sebagai penyanyi. Sebelum dia, pekerjaan nyanyian ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak menguntungkan bukan sebagai kerjaya. Beliau Berjaya menukar persepsi masyarakat mengenai kerjaya sebagai nyanyian. Itu lah jawapan yang diberikan pada admin bila ditanyakan soal IDOLA

"Beliau juga sentiasa memikirkan untuk memberikan evolusi dalam kerjaya nyanyian beliau agar tidak dilihat statik. Beliau masih mampu bertahan dengan idea baru setiap kali walaupun dicabar dengan pendatang baru yang lebih muda dan menarik. Menjadikan dirinya relevan adalah rahsia kehebatan beliau."
Ini yang tiada pada kebanyakan artis kita dan Paknil sentiasa berpegang kepada rahsia ini untuk kekal lama dalam bidang pengacaraan. 




Pastinya ramai peminat Pak Nil diluar sana ingin mengetahui apa perkembangan nya sekarang. Buat masa ini, Paknil begitu sibuk dengan mengendalikan Jabatan Pengurusan Bakat TV di ASTRO selaku Ketua Ambasador dan Naib Presiden. Tanggungjawab ini meliputi usaha mencari bakat baru untuk diketengahkan sebagai pengacara dan penyampai radio. Di samping itu Paknil juga bertindak untuk melatih mereka dan menguruskan kerjaya mereka.

Ketika ini juga, Paknil terlibat dalam rakaman rancangan pencarian bakat kanak-kanak Popstar dan Masterchef. Yang Bakal menyusul adalah rakaman untuk Macam-Macam Aznil musim yang terbaru.

Paknil juga mempunyai tanggungjawab sebagai Mentor kepada Duta Sihat 1Malaysia lantikan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Tanggungjawab Paknil adalah untuk melatih ikon-ikon kesihatan ini akan cara dan kaedah yang efektif memberi penerangan kepada masyarakat mengenai pentingnya penjagaan kesihataan dan kempen anti denggi.

Sebelum admin mengakhiri sesi temu bual dengan paknil , sempat lah admin menyelitkan soalan dari peminatnya yang datangnya dari twitter admin . Sebelum mengakhiri entry ini jom kita tengok jawapan bagi soalan dari peminatnya .



" Pak nil sejak akhir-akhir ni pak nil banyak diduga dengan cacian dan macam-macam la . bagaimana pak nil menolak semua tomahan tu ?" dari Nur Yasmien binti Mohd Khalis dari Perak

" Dugaan dari segi cemuhan adalah lumrah dunia hiburan. Bagi Paknil itu semua adalah asam garam namun kadang-kadang cemuhan itu ada benarnya. Selalunya Paknil akan mendengar pendapat-pendapat ini tetapi jika dirasakan keterlaluan dan tidak berasas, Paknil akan tolak tepi. "

" Namun dalam pada itu, Paknil percaya ramai juga yang menyokong kerjaya Paknil jika tidak, Paknil pasti tidak akan memenangi semula gelaran Pengacara TV Lelaki Popular Berita Harian baru-baru ini. Terima kasih pada mereka yang percaya pada jenama Aznil Hj Nawawi "


 Official twitter Paknil : https://twitter.com/aznilnawawiHM

6 comments:

Anonymous said...

Paknil sememangnya terbaik

Imran said...

We love Paknil

Emma Akma said...

Paknil Awsome . tetap pengacara no 1 malaysia .

Unknown said...

uncle aznil is the best! no one can replace him!

Unknown said...

assalamualaikum, tumpang tanya, ada sesiapa boleh bantu saya cara untuk menjemput paknil ke tempat kita? saya berhajat untuk paknil jadi ahli panel untuk satu bual bicara santai di UPSI sekitar bulan mei ini. harapnya ada yang sudi membantu. terima kasih.

Unknown said...

assalamualaikum, tumpang tanya, ada sesiapa boleh bantu saya cara untuk menjemput paknil ke tempat kita? saya berhajat untuk paknil jadi ahli panel untuk satu bual bicara santai di UPSI sekitar bulan mei ini. harapnya ada yang sudi membantu. terima kasih.

Post a Comment