Saturday, April 13, 2013

Sembang Petang : KAWAN

Mesti tertanya tanya kemana admin menghilang , bukan menghilang dek oii . Cuma sibuk dengan kerja sahaja. Ada yang bertanya kenapa tiada episod Siapa Dia lagi . Sebelum tu jemah mintak maaf la awal-awal ok . Segmen Siapa Dia akan bermula semula pada awal bulan 5 nanti selepas kerja-kerja jemah tidak bertimbun lagi .


Cuma dalam entry kali ini jemah cuma nak kongsikan dengan kamu semua tentang KAWAN . Kita semua ada kawan kan ? betul tak ? tapi tak semua kawan yang kita ada , hadir waktu kita susah dan senang . Kadang-kadang kawan ni boleh jadi lawan kalau kita tak membakar sumbu atau sumbu itu terbakar sendiri . Sebab tu la kita dengar , kawan baik menjadi musuh paling ketat sekali dalam dunia

Berkawan-kawan juga, tak kira la BFF ke Forever and ever ke. Jangan lah mempergunakan mereka di waktu senang . Biarlah forever and ever tu diwaktu susah juga. sebab keberlakangan ini jemah selalu dengar cerita , kawan makan kawan . gaduh sana sini . Apa yang penting berkawan biarlah ikhlas , jujur dan setia bukan dalam percintaan sahaja ok .


Dalam berkawan ni , bagi jemah lah kita patut memilih kerana pada zaman sekarang tidak relevan lagi "Kawan biar beribu" . Kalau yang beribu tu yang ok tak mengapalah juga. Ni kalau dapat yang macam setan , suka main tikam tikam tak guna juga simpan kan . betul tak ? Pokok pangkal nya adalah niat apa kita berkawan .

Cuma jemah nak pesan , berkawan biarlah ikhlas . Bukan sebab nak kan sesuatu sahaja . Kita hidup kat dunia kan lama . So apa pun yang kita buat ingat lah Tuhan yang satu . Sekiann

1 comment:

Anonymous said...

Kawan biar beribu , berkasih biar satu .

Post a Comment