Sunday, February 10, 2013

Sembang Petang : Salah Siapa

Tengah leka Jemah dan rakan rakan sedang menikmati makanan masakan kelantan di sekitar Melaka , datang seorang anak kecil dengan menghulurkan sekeping kertas seperti Surat Kebenaran untuk meminta sedekah bagi mendirikan sekolah mereka . Sedih jemah bukan kerana dek apa yang diminta tapi sedih kerana anak - anak semuda ini dipergunakan sebegini rupa ! kalau benar memang untuk membina sekolah kenapa tidak pada siang hari , tapi kenapa mesti di malam hari ?



" Kalau Adik nak kami sedekah , adik kena duduk makan sekali . Boleh ? " Pada permulaannya anak muda itu berkeras untuk pergi dari tempat jemah makan . Selepas beberapa pujukan anak muda yang diberi nama samaran Inaz itu akur untuk makan bersama . Niat di hati jemah bukan nak mengorek rahsia tapi sekadar ingin tahu apakah yang dialami supaya boleh dikongsi dengan semua .

"Mak sakit dan ayah yang suruh kami adik beradik minta sedekah" Jemah seolah olah nak pitam bila mendengar seorang anak kecil ini meluahkan apa yang dipendam mungkin . Inaz yang baru sahaja berumur 7 tahun ini sukar untuk menipu setiap apa yang diceritakan . Sebak dan terpana dengan kisah anak kecil ini . Siapakah yang hendak dipersalahkan ? 

Jemah percaya jika ada rezeki , dimana pun mereka berada pasti akan ada. Cuma yang jemah kurang setuju dengan cara ibu bapa yang mempergunakan anak anak demi kepentingan sendiri . Bukan cuba untuk mengkritik golongan miskin , tapi cara mereka untuk mendapatkan wang adalah salah dan tidak betul . Anak anak yang semuda itu bukan dikerah untuk untuk berkerja tapi sepatutnya diberi pelajaran yang secukupnya.

Sebelum Inaz bereda , kami ada berikan sedikit not malaysia , Satu je pesanan jemah . "Adik, kalau nak berjaya kena rajin belajar , jangan lawan cakap ibu ayah" Selepas bayang bayang Inaz tiadda lagi di mata , tak sangka kami yang berada di meja itu mengalirkan air mata . lagi pun tak baik la menambahkan kesedihan orang yang sedia sedih . ! 

Pesanan akhir jemah , Jangan jadi kan anak untuk mengecapi kesenangan sendiri tapi guna kan mereka untuk kesenangan mereka di masa hadapan . 

Happy Chinesse New Year from JEMAH RONGGENG ~

2 comments:

Anonymous said...

Sedihnyaaa

Nur Syakilla said...

Malangnya nasib dia ya Allah . tidak bertanggungjawab betul bhapak dia tu kan ??

Post a Comment