Sunday, January 13, 2013

Betul Ke ? : Sharnaaz Kongkong Shila Amzah


Satu Malaya sudah tahu mengenai hubungan cintanya bersama penyanyi Shila Amzah. Apatah lagi sejak kedua-duanya terbuka untuk menunjukkan kemesraan mereka pada khalayak - dari seromantik-romantiknya hinggalah hujung Disember lalu kisah hubungan mereka terpalit dengan kontroversi.
Bertemu dengan aktor berbakat ini di majlis previu dan sidang media filem Juvana, Sharnaaz Ahmad mengakui segalanya bermula dengan baik tetapi meniti ke penghujung tahun ia meninggalkan memori sedikit pahit hingga menyebabkan namanya 'panas'. 
Gosip antara sepasang kekasih yang begitu HOT masa kini iaitu Sharnaaz dan juga Shila Amzah semakin menjadi perhatian. Tanpa berselindung, Sharnaaz mengakui dirinya mengongkong Shila Amzah. Menurut apa yang keluar dari mulut Sharnaaz, dia memang mengongkong Shila kerana, Shila bakal menjadi isterinya dan bukannya teman wanita yang biasa-biasa. Sharnaaz ketika ini semakin laku dengan pelbagai genre lakonan yang dibawa. Daripada genre sedih sehingga genre gangster yang memang menjadi. Apa pun, Jemah mendoakan kejayaan beliau dalam apa jua sekalipun bidang.

"Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya," jelas Sharnaaz tanpa sembunyi ketika ditemui media di e-Curve, Damansara, Selangor semalam. Bagaimanapun, bila diajukan soalan dengan lebih lanjut, Sharnaaz enggan bercakap mengenai cinta sebaliknya berazam ingin menumpukan perhatian terhadap perkahwinan dengan Shila satu hari nanti. 


Untuk info, Sharnaaz menjadi tumpuan dan kritikan peminat Shila apabila didakwa terlalu mengongkong penyanyi tersebut. Lebih membuat segelintir daripada mereka berang ialah apabila Sharnaaz didakwa 'kepala angin' dan cepat melenting hingga membuat mereka bosan. Malah ada juga antara mereka yang mencadangkan agar Shila mencari kekasih lain yang lebih memahami dan tidak pemarah. 






kahwin kah mereka ? sama sama lah kita doakan supaya mereka kekal sampai ke jinjang pelamin .  Jangan Patah Dua puluh ribu sudah la . AMINNNN ~

  

   

No comments:

Post a Comment