.jpg)

Bila jemah ajukan soalan " Minat atau suka-suka" , ED memberikan jawapan yang jemah mahukan . bagus - bagus !. Orang kata tanpa minat dan bakat , apa yang dilakukan pasti tidak akan kemana . Sebab sekarang lambakan artis youtube yang hanya mengejar dunia glamour sahaja . tak percaya ? tepuk dada tanya lah diri sendiri .

Penyanyi yang sangat meminati Yuna, Faizal tahir dan juga Jason Mraz ini telah pun menandatangi dengan FMC untuk MOU . Syabas lah jemah ucapkan kepada ED ! Jemah juga terkejut bila dapat tahu yang mereka di bawah FMC kerana peminat nya sangat familliar dengan Clora Studio yang menaikkan nama ED .
Di akhir temuramah jemah dengan ED , jemah ada ajukan soalan dari peminat melalui twitter kepada ED . "ed tak takut ke ? jika dikatakan mengambil populariti tasha sebagai platform untuk ed masuk dalam dunia seni dan dikenali ? " . Jemah akhiri dengan jawapan yang ED berikan . Jumpa lagi nanti ok . Bye
" Tak takut ke ? Haha . Tidak kerana saya tahu saya bermula semua ini bersama dengan Tasha , bukanlah dia sudah popular baru saya berkerjasama dengan dia . Lagi satu mungkin saya kurang menonjol kerana kebanyakkan cover saya hanya memainkan muzik sama ada gitar atau percussion utk dia dan juga mungkin saya kurg bercakap itu yang menampakkan dia lebih menonjol dari saya . Isu tumpang menumpang ini tidak wujud sama sekali ."
Twitter : @ed_acoustica : https://twitter.com/ed_acoustica
No comments:
Post a Comment