Sunday, December 9, 2012

#JomBaca Siapa Dia 2 : Fadzil Zahari


Anak muda kelahiran Alor setar kedah yang berbakat besar dan juga peminat setia Stephen Chow dan menjadikan dia sebagai idola ini, sekali pandang mungkin anda akan cakap dia adalah Farid Kamil . Tapi dua kali pandang mungkin lain mungkin sama tapi ternyata dia adalah adik kepada pelakon terkenal tanahair Farid kamil . Nama empunya diri adalah Fadzil Bahri Zahari dan dilahirkan pada 4hb 8 1983 . Kalau nak tahu umur nya berapa sila kira sendiri . Amaklumlah jemah tidak pandai mengira . hehehe. Anak kedua dari 5 adik beradik ini merupakan pelajar Universiti Malaya dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan 

Jejaka berusia 29 tahun ini memulakan kerjayanya dalam bidang seni tanah air apabila mula bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada abangnya pada 2007. Dari situ, Fadzil mula berjinak-jinak  untuk menulis skrip bagi filem ‘Kongsi’ dan  juga ‘Bini-Biniku Gangster’. Dari penulis skrip fadzil terjun ke dunia lakonan . Bakat yang ada pada abangnya turut juga ada padanya, tapi mereka sangat berbeza . Pada keratan akhbar di bawah fadzil sememangnya mendapat sokongan dan juga nasihat dari abang nya tak lupa juga rakan rakan yang ada di sekeliling .

Fadzil memang minat membaca dan menulis jadi beliau mengaplikasikan terhadap kerja beliau iaitu menulis skrip, manakala berlakon adalah percubaan fadzli untuk masuk lebih dalam, industri hiburan. Apabila jemah tanya minat atau kerja , fadzli kata , minat dan kerja hendaklah bergerak seiringan. Eh lupa pulak , Fadzil juga merupakan pelakon di bawah pengurusan Metrowealth dan juga penceramah / tenaga pengajar di bawah FINAS Kelab Pencinta Filem.



Bila diajukan soalan berkaitan jodoh kepada fadzil , jawapannya pasti akan membuat peminatnya tersenyum . Beliau masih tiada pasangan , mungkin dia akan jumpa gadis yang sesuai untuk dijadikan pemaisuri di dalam hati nya nanti . Siapa tahu mungkin anda . Pasti ia merupakan satu penantian kepada peminat , untuk mengetahui bila artis pujaannya berkahwin.

Projek terbarunya adalah bekerjasama dalam menyiapkan skrip filem untuk diterbitkan oleh 2 pelakon terkenal tanahair, mengikut sumber jemah yang boleh dipercayai satu filem yang dibintangi oleh beliau " Bro , nampak motor gua" yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan.

Soalan terakhir ni adalah dari seorang peminat beliau . "Fadzil tak takut ker orang gossip kan yang fadzil menumpang populariti abang untuk menapak di industri ?" dan ini jawapan beliau : 



" Persepsi orang memang pelbagai dan saya tiada masalah tentang itu, sebab saya sendiri tahu apa yang saya lalui dalam industri ini. Saya akui memang beliau yang membuka mata saya dan keluarga tentang peluang bekerja dalam industri hiburan, tetapi tidak mudah bagi saya untuk terus masuk dalam industri kerana saya sendiri menunggu hampir 2 tahun dan ketika itu 2 kali skrip saya dicampak (reject) oleh beliau sebelum bermulanya filem KONGSI. "


Kredit to Gua.my / ABCendol.com / MigOnline. Anda boleh hubungi beliau di :

Twitter & Instagram: @FadzilZahari
Sinema Malaysia: Fadzil Zahari



2 comments:

~N€dz in tH€ hOus€~ xoxo said...

semoga terus success di dlm merencana kerjaya seni abg ye :)menulis skrip dan berlakon moga semuanya gemilang dan semoga cepat kahwin .. lalalala

Anonymous said...

hai neddyz... ngeh4...

Post a Comment