Sunday, August 12, 2012

Betul Ke ? : Neelofa semakin DEMAND !!

Belum reda nampaknya kontroversi yang melanda selebriti bernama Neelofa ini. Ada sahaja masalah yang timbul berkait dengan pelakon & pengacara ini. ibarat macam cendawan tumbuh di pokok . Selalu ada . Adakah ia sekadar publisiti atau pun ?? fikir la sendiri .


Belum sempat dibuka nya bahagian lain , pembaca Berita Harian telah disajikan dengan cerita hangat neelofa yang mengatakan telah menimbulkan masalah kepada Dato yusof haslam kerana dek sikapnya sendiri . 




Dek kerana tidak mahu turun bersama Dato' untuk pratonton file S.A.M  telah menyebabkan dato' kurang senang akan perangai nya sejak akhir akhir ini . Filem yang bakal di siarkan kan itu , neelofa hanya lah sekadar watak kecil sahaja . tapi .. herm gegeleng jemah ronggeng dibuatnya .

Dikata kan oleh Berita harian , si Neelofa ni tidak mengangkat panggilan dan menjawab SMS dari pihak produksi untuk menanyakan kehadirannya . tapi malangnya Neelofa tidak menjawab semua panggilan . adakah ia sesuatu yang benar atau sekadar pemanis akhbar ?




Dato' Yusof telah berpesan kepada Neelofa didalam ucapannya , supaya jangan mudah untuk lupa diri bila sudah popular walaupun dalam filem S.A.M neelofa hanyalah watak kecil sahaja . 

Pihak Neelofa juga tidak duduk diam untuk kontraversi kali ini dengan tampil pengurusnya untuk memberi penjelasan supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi di atas kata kata Dato' tempoh hari 



Tapi kalau dah diri tu public figure ia tetap akan di spekulasi kan . sebab mulut dan mata peminat hiburan tanahair ni terlalu ramai . So ini lah dunia artis tak lari dari kontroversi dan juga gosip mosip . kalau tak boleh nak hadap gosip tu jadi la cik propa ke kan . kompem kita yang gosip kan orang .

Senang cerita hidup ni ada yang memandang dan ada yang melihat . kita tidak mampu menghalang penglihatan dan juga pendengaran seseorang . jadi kita sendiri la kene cegah . Siapa jemah Ronggeng nak menilai artis hot . saya hanya insan biasa .  kalau siapa makan cili dia la terasa pedas nya . K bye . 

No comments:

Post a Comment