Azizul Hasni Awang berada di dalam kelompok 6 terbaik dunia. Pelumba basikal trek kebangsaan, berjaya mara ke peringkat akhir trek Keirain Individu Lelaki Sukan Olimpik 2012 di London, tetapi gagal membawa sebarang pingat. Selepas usaha Datuk Lee Chong Wei, dia menghidupkan semula harapan emas negara awal pagi ini.Bagaimanapun dalam saingan final yang berlangsung kira-kira 1.05 pagi tadi, Azizulhasni hanya menduduki tempat keenam daripada enam peserta peringkat akhir.Gagal untuk membawa pulang sebarang pingat untuk Malaysia. Dalam kekecewaan tetap masih membanggakan negara. Bukan mudah ingin ke final OLIMPIK! Tak mengapa, jelas beliau telah lakukan yang terbaik. Bukan mudah hendak bersaing dengan atlit lain bertaraf dunia dengan susuk tubuh bak gergasi berbanding dirinya. Tahniah Azizul Hasni Awang!
Namun bukan benda ni yang jemah nak citer . meh dekat sikit nak bergossip . Dalam kekalahan abang Jijul ni masih ada rakyat malaysia yang tak tahu bersyukur dengan kesusahannya untuk mendapatkan tempat final untuk acara ini . ada yang kata kalah lagi, tak dapat ais kerim la , apa la . cuba kau orang berada di tempat abang jijul . anda mampu ker? apa kata ada beri kata kata semangat sedap sikit jemah nak baca . btw ok la tu tempat ke 1 tapi dari belakang. Tahniah yee abang jemah sorang ni menjadi wakil tunggal asia untuk final bagi acara ni :D
Itulah manusia , kalau menang disorakan tapi kalau kalah dimaki hamun dan kondem macam macam yang dia tu hebat sangat . Cuba try la lawan dengan jemah tengok sape kalah. Menang kenebelanja ais kerim. Tidak berbangga kah korang yang masih ada rakyat malaysia tambahan anak melayu dapat beraksi di pentas final di temasya OLIMPIK . cube bangga . tak salah pun untuk mengucapkan tahniah walaupun dia kalah . Sekurangnya dia mencuba . anda bila lagi nak suruh lari 100 meter pun macam2 alasan . #PocketRocketman
Team Malaysia , doa jemah semoga anda semua berjaya . Masih ada masa untuk meraih emas . jadi kan "Kemenangan" Dato' Lee Chong wei sebagai satu semangat bukan satu penghalang. terus kan berusaha . Pesanan mesra dari jemah cukup cukup sudah dengan mengondem atlet malaysia .kau hengat kau hebat . ? kan dah kene bebel . u shut be proud yaw . kalah dan menangkan adat permainan . we are malaysian must be proud of them .
No comments:
Post a Comment