Monday, January 7, 2013

#Sorotan Anugerah Juara Lagu 27




Melangkah masuk ke dalam Stadium Bukit Jalil pada 6 haribulan yang lalu , membuatkan jemah rasa ada kelainan pada AJL kali ini . Paling penting buat kali pertama nya jemah dijemput untuk berjalan di atas karpet ungu dengan seorang artis wanita yang cantik molek . Siapa dia ? ermm biar lah rahsia bak kata Kak Iti . 

Anugerah Juara Lagu kali ini menampilkan beberapa muka baru , namun walaupun mereka baru tak bermakna persembahan mereka yang 'Hado' saja . AJL kali ke 27 dibuka tirai  dengan nyanyian lagu lagu yang pernah bertanding dahulu . Namun aksi Aaron Aziz mengangkat Si Adira menjadi tumpuan ramai pada malam itu . Hermmm , sentap jemah abang Aaron tak pernah nak angkat jemah kan .

Pentas AJL kali lebih menarik kerana pentasnya seakan bertaraf antarabangsa katanya . Tapi jemah berbangga la dengan produksi yang baru kali pertama menjayakan AJL kali ini . Sebut je LAGU , terus teringat akan kumpulan Bedroom Sanctuary . Percaya tak percaya lagu ini mampu membuat semua ternganga dengan persembahan yang begitu bersahaja tapi mantap seyhh ~

Sebelum AJL ke 27 di adakan pelbagai ura ura mengatakan bahawa Shila Amzah akan memenangi AJL kali ini . Bak kata orang tua tua , kalau dah bukan rezeki kita nak buat camne kan . Tapi buat Shila rezeki nya mungkin di Shanghai . Bila Stacy masuk pentas untuk menyanyikan lagu Pelangi Senja Mata tertumpu akan wajah nya yang sedikit berisi ? ni mesti kes banyak makan ni . Propa je kan .

Apapun tahniah buat Yunalis zarai kerana lagu tulisannya diangkat sebagai Juara Lagu yang ke 27 . TAHNIAH juga buat Aizat yang menyampaikannya dengan caranya yang tersendiri . Kepada lagu dan artis yang tidak disebut maaf la erk tak cukup jari jemah nak menaip pepanjang . Semoga mencuba di tahun depan ok . 


Berikut ialah keputusan penuh AJL27 untuk tatapan anda:-
1. Juara – Terukir Di Bintang (Yunalis Zarai)

2. Naib Juara – Idola (Azlan & The TypeWriter, ciptaan Audi Mok)
3. Tempat Ketiga – Ku Akui (ciptaan Ajai, nyanyian Hafiz)
4. Vokal Terbaik – Ku Akui (Hafiz)
5. Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black & RJ)






No comments:

Post a Comment