Wednesday, January 2, 2013

Betul ke ? : Yuna tarik diri dari AJL ke - 27



Benjol kepala Jemah jatuh katil semalam dek penangan berita  penarikan diri oleh Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna . Habis jemah gali gali pasal Gadis fashion icon malaysia ni , sebab seribu persoalan kenapalah dia menarik diri disaat - saat akhir Anugerah Juara Lagu ke -27 . Semua peminat nya berasa hampa dek penarikkan dirinya untuk bertanding bagi lagu Terukir di bintang . 

Terukir senyuman jemah bila dapat tahu yang penarikan diri Yuna bersebab . Rupa - rupanya di terpaksa menarik diri sebab bertembung dengan jadual proses rakaman albumnya di Los Angeles , Amerika Syarikat . Yuna tak dapat pulang ke Malaysia sebab masih lagi sibuk dengna jadual rakaman album terbaru bersama salah seorang daripada anggota Incubus yang juga merupakan penerbit album tersebut.

Buruk betul perangai yang membuat gosip Yuna tak berdisplin la , itu la , dan ini la. Nasib jemah tidak mempercayai apa yang diperkata kan oleh mulut mulut puaka di luar sana . Apapun jemah tetap bersetuju dengan tindakan Yuna yang sangat ambil berat tentang displin dan reputasi nya . 


Tambah PA Yuna , Yuna membenarkan lagu nya dipertandingkan tetapi hendaklah diganti dengan penyanyi yang lain . Yang menjadi persoalannya Siapa yang bakal menggantikan Yuna bagi mempersembahkan lagu TERUKIR DI BINTANG di Anugerah Juara Lagu ke 27 . Nantikan pengumumannya hari ini . 




No comments:

Post a Comment