Sunday, December 23, 2012

#JomBaca Siapa Dia 3 : Syed Shamim

Penyanyi yang berbadan genit dan bersuara ala ala serak basah ni berasal dari Seremban dan kini menetap di Cheras, Kuala lumpur. Anak kedua dari tiga adik beradik ini merupakan seorang pelajar IPG dan bakal menjadi guru muzik . Bila cakap pasal syed atau lebih dikenali sebagai ED pasti akan dikait kan dengan pasangan duo beliau iaitu Tasha Manshahar . Sesuai sangat kan jemah tengok dua orang ni . Eh lupa pula, bagitahu nama sebenarnya tuan empunya badan . Nama sebenar ED adalah Syed Shamim Al Idrus Syed Abdul Kadir
Dalam dunia seni ni , ED mendapat sokongan dan dorongan yang amat kuat dari ahli keluarga . Menurut Ed juga , ayahnya yang membuka pintu untuk ED kenali dunia seni dan menjadi tulang belakang. Pasti anda yang meminati ED ni teruja dengan suara dan juga rupa paras yang dimilikinya . Amaklum lah Package ! Pada malam Ahad lepas 23 hb 12 ED dan juga Tasha manshahar membuat persembahan di konsert Gaza dan mendapat feedback yang amat baik . 

Bila jemah ajukan soalan " Minat atau suka-suka" , ED memberikan jawapan yang jemah mahukan . bagus - bagus !. Orang kata tanpa minat dan bakat , apa yang dilakukan pasti tidak akan kemana . Sebab sekarang lambakan artis youtube yang hanya mengejar dunia glamour sahaja . tak percaya ? tepuk dada tanya lah diri sendiri . 

ED sebagai seorang penuntut di IPG bagi jurusan muzik amat lah mudah untuk membahagikan masa diantara waktu belajar dan kerjaya . kerana apa yang ED belajar , hanya perlu praktikkan di dalam kerjaya . Senang cerita la kan . Pelajaran dan kerjaya adalah bidang yang sama . haishh ~ 

Penyanyi yang sangat meminati Yuna, Faizal tahir dan juga Jason Mraz ini telah pun menandatangi dengan FMC untuk MOU . Syabas lah jemah ucapkan kepada ED ! Jemah juga terkejut bila dapat tahu yang mereka di bawah FMC kerana peminat nya sangat familliar dengan Clora Studio yang menaikkan nama ED . 


Di akhir temuramah jemah dengan ED , jemah ada ajukan soalan dari peminat melalui twitter kepada ED .  "ed tak takut ke ? jika dikatakan mengambil populariti tasha sebagai platform untuk ed masuk dalam dunia seni dan dikenali ? " . Jemah akhiri dengan jawapan yang ED berikan . Jumpa lagi nanti ok . Bye 




" Tak takut ke ? Haha . Tidak kerana saya tahu saya bermula semua ini bersama dengan Tasha , bukanlah dia sudah popular baru saya berkerjasama dengan dia . Lagi satu mungkin saya kurang menonjol kerana kebanyakkan cover saya hanya memainkan muzik sama ada gitar atau percussion utk dia dan juga mungkin saya kurg bercakap itu yang menampakkan dia lebih menonjol dari saya . Isu tumpang menumpang ini tidak wujud sama sekali ."



Facebook : Official Syed Shamim : https://www.facebook.com/syedshamimCS
Twitter : @ed_acoustica : https://twitter.com/ed_acoustica

No comments:

Post a Comment