Wednesday, January 2, 2013

#Jombaca Siapa Dia 6 : Farawahida Razali

Bila keudara lagu  "Jangan Tanya Aku Lagi" nyanyian farawahida di radio, pasti meremang bulu ketiak jemah . Ramai kata lagu ini seakan akan berhantu . Lagu ni berhantu ke korang yang hantu ? . Anak keempat dari enam adik beradik ini bernama Farawahida Bt Razali . Penyanyi yang hidup dalam serba serbi seperti manusia normal lain ini sangat lah peramah . tak percaya cuba la ajak bersembang ?

Pasti peminatnya tidak mengetahui bahawa Farawahida mula menyanyi sejak umur 6 tahun lagi . Kecik - kecik dah pandai menyanyi kan . Darah seni yang mengalir dalam tubuh nya diwarisi dari ayahnya Razali B Noordin . Paling membanggakan semua adik beradiknya pandai menyanyi dan mempunyai suara yang lunak merdu disuakai ramai . EH! iklan susu sekejap.  SINARAN PASPORT KEGEMILANGAN 2000,BINTANG RTM 2001,BINTANG URTV 2002 itu antara rancangan realiti yang telah disertainya .

Penyanyi yang bakal berusia umur 28 tahun pada 19/3/2013 ini berhasrat untuk menemui jodohnya  pastinya inginkan insan yang boleh terus menjaga serta melindunginya ,sama seperti insan lain yg mahu menyintai dan dicintai serta bgelar isteri dan ibu. Makan nasi minyak la nanti. Menjadikan bidang nyanyian sebagai sumber utama tidak mematahkannya menyimpan hasrat untuk  memiliki restoran dan juga butik sendiri . Tak sangka farawahida ni seorang tukang masak dan jahit yang baik . Kerlassss ~



Suratan dan kebetulan . Tanpa di duga pada tahun 2009 , Farawahida cuba untuk berlakon teater dalam Teater SINBAD dan ternyata ia berbakat dan disusuli dengan filem Baik Giler pada tahun 2010 dan kali ini digandingkan dengan Zizan Raja Lawak. Orang kalau dah berbakat semua boleh dibuatnya . Kata Fara bidang nyanyian tetap menjadi keutamaannya .

Tanpa diduga penyanyi yang bersuara lunak berkrim ini juga menyimpan hasrat untuk menjadi polis . Terkejut jemah bila diberi jawapan sebegitu rupa . Ternyata Farawahida binti Razali seorang yang sangat EXTREME !! Soalan terkahir ini datangnya dari seorang peminat Farawahida yang datangnya dari peneng ! " Kalau ada gossip atau kontroversi yang melanda kak fara , macam mana kak lakukan untuk menafikan atau akak hanya berdiam diri .? komen sikit  "

"Saya pernah dilanda gosip 2009 yang sedikit sebanyak mencemarkan nama saya serta maruah saya, tapi akhirnya..Allah bersama saya. Orang boleh berkata apapun terhadap saya. Saya bersyukur punya seluruh ahli keluarga yg sentiasa menyokong dan memberi semangat pada saya.




Twitter Farawahida : https://twitter.com/realFARAWAHIDA 

No comments:

Post a Comment