Tuesday, January 1, 2013

#Jombaca Siapa Dia 5 : Norsyuhaida Ab Razak

Mungkin peminatnya tidak mengenali nama sebenar pelakon muda yang baru sahaja berumur 25 tahun ini . Nama sebenarnya adalah Norsyuhaida Binti Ab Razak atau lebih dikenali sebagai Dottie . Nama panggilan itu sempena nama drama Dottie yang di siarkan di Astro Ria . Pelakon yang berasal dari negeri Perak ini merupakan anak pertama dari 5 adik beradik . Yang bestnya jemah punya hobi sama dengan hobi Dottie, suka membaca, tonton wayang dan juga karaoke . Walaupun berbadan gempal tiddak menjadi masalah untuk menjadi pelakon yang berbakat . 



Dottie mula berlakon pada tahun 2010 , kerjayanya bermula bila dottie hadir ke sesi ujibakat untuk drama rantaian DOTTIE . Ibu Dottie merupakan tulang belakang bagi kerjaya dia kerana ibunya juga merangkap pengkritik tetap baginya . Dari berlakon drama , Dottie mula melebarkan sayapnya ke dunia filem dengan berlakon di dalam filem Hantu bonceng . Untuk semua peminat Dottie nantikan dia muncul dalam filem terbaru pada Februari 2013 .

Watak antagonis / jahat merupakan watak yang sangat diimpikan oleh dottie untuk dilakonkan kerana kata beliau watak tersebut sangat mencabar bakat dan kebolehannya berlakon . Dottie menyimpan hasrat untuk menceburi bidang teater dan juga nyanyian jika diberi kesempatan , Tambah dottie lagi buat masa ini beliau lebih selesa  untuk berada dalam dunia lakonan .

Dalam interview , jika dottie tidak berlakon mungkin beliau seorang pereka graffik selari dengan kursus yang diambil ketika di universiti dulu . Pelakon yang meminati Johnny Deep ini , bila ditanya soal jodoh hanya menjawab sedang cuba mengenali seseorang . Bermakna sudah ada yang punyalah kan . tak sabar jemah nak makan nasi minyak si Dottie ni . hahahhahaa

Macam biasa lah , diakhir temuramah jemah pasti akan mengajukan soalan dari peminat . jemah akhiri dengan soalan dari seorang peminat Dottie yang datang nya dari Nur fadzilah Bt Mad Isa , Terengganu .  " kak dottie nak tanya pendapat boleh ? Kalau nk jadi selebriti kenape perlu ada pakej? Kan bakat itu lg penting . Love u sis ” 

 yes.. bakat mmg sgt penting jika mahu jadi pelakon/penyanyi. Tapi pakej juga xkurang pentingnya. Rata2 masyarakat suka kan artis yg handsome/cantik/kemas sbg idola mereka. Lumrah manusia suka kan sesuatu yg cantik. Tapi walau apa pun bakat tetap num 1.jgn smpai rupa menenggelamkan bakat yg x seberapa. 

Twitter Dottie : https://twitter.com/DOTTIEabraz




No comments:

Post a Comment