Tuesday, December 25, 2012

#Jombaca Siapa Dia 4 : Tasha Manshahar


Bait bait lagu diatas mungkin biasa bagi peminatnya , tapi mungkin tidak bagi siapa yang jarang menonton Youtube , Tasha manshahar atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha bt Mohd Manshahar. Penyanyi muda yang mula dikenali melalui laman sosial Youtube ini  baru sahaja berumur 20 tahun dan masih belajar di IPIK cheras dlm jurusan bahasa inggeris. 

Anak sulung drpd 3 org adik beradik dilahirkan di sandakan sabah. Sha kini menetap di kajang selangor. Pasti peminat beliau biasa mendengar nama Clora Studio dan juga Syed Shamim . Mereka ini adalah menjadi tulang belakang Sha pada permulaan penglibatannya dalam dunia seni . tak lupa juga ahli keluarga beliau dan artis youtube yang lain . Eh ? macam jemah lak yang ditemuramah . 

Minat !! itu adalah sebab mengapa Tasha menceburi bidang ini . Betullah orang kata tanpa minat apa yang hendak dilakukan pasti tidak akan berjaya . Pokok pangkalnya adalah USAHA ! Selepas Yuna , Ainan Tasneem dan juga Najwa latif , Artis keluaran youtube sangat berbakat ini, mempunyai suaranya yang lemak manis sukaan ramai . menurut feedback dari peminat Sha sendiri lebih kepad, sangat mengkagumi bakat Sha yang amat menyerlah 


Bila ditanya soal jodoh ? Sha bakal berkahwin bila sampai seru . jawapan yang selamat untuk selamat . tambah Sha lagi , dia akan berkahwin nanti tapi selepas habis belajar . So #Tashedsclusive lelaki boleh lah isi borang nak menjadi kumbang untuk si bunga . Peminat setia Karmin ini ternyata telah membuat satu fenomena baru bagi artis keluaran Youtube . 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu be mine ini , tidak bergerak bersendirian . Namun, Sha sangat selesa bergerak dengan Clora Studio dan menandatangani MOU dengan FMC Muzik . Dah lama jemah tak dengar artis membuat penampilan secara Duo untuk berada di industri . Artis-artis lain lebih suka bergerak sendiri tapi bagi tasha , dia lebih selesa bergerak secara Duo dengan Syed Shamim . 

Sebelum jemah menamatkan sesi temuramah bersama si Sha ni , jemah telah ajukan satu soalan dari #Tashedsclusive "apa pendapat sha, wanita bertudung , bermain guitar dan youtube ? Adakah ia satu trend. Artis skarang atau pun apa ?'"

"sejujurnya sy sendiri pun rasa benda ni dah jd trend skrg. dulu wanita bertudung takut untuk tonjolkan bakat masing2 jd bila ada trend mcm ni sedikit sbnyk mberi inspirasi kepada wanita bertudung untuk jd berani mencuba. tak salah mencuba asalkan cubaan tu terkawal dan tak melanggar batas2 yg dah ditetapkan. lg2 wanita bertudung, mcm2 kena fikir dan jaga. bila bercakap soal bakat, semua org kena ada identiti dan cari kekuatan masing2 supaya kita ada bakat yg pelbagai. takdelah semua sama. sy pun masih mencari x factor dlm diri sy supaya sy ada kelainan drpd artis youtube yg sedia ada."




Twitter Sha : https://twitter.com/tashamanshahar  FanPage Sha  : http://www.facebook.com/tashamanshaharCS

No comments:

Post a Comment